UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN SARAWAK KAMPUS MUKAH

PRA PENDIDIKAN TINGGI (PPT)
PENGENALAN
Program Pra Pengajian Tinggi (PPT) adalah program yang dulunya dikenali sebagai Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) UiTM. Ia merupakan program Corporate Social Responsibility universiti yang berasaskan kepercayaan bahawa seseorang individu mampu berusaha untuk mencapai kecemerlangan melalui pemindahan ilmu dan penerapan nilai-nilai murni.
Selain daripada itu, program ini juga bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar - pelajar dari golongan yang kurang berkemampuan untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Pelajar-pelajar yang lulus Pra Diploma akan diserapkan ke pengajian di peringkat Diploma dan seterus membuka peluang yang lebih besar kepada mereka meneruskan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah.
DUA PROGRAM YANG DITAWARKAN:
-
BA002/BA003 Pra Diploma Perdagangan
-
PD007/PD008 Pra Diploma Sains
MAKLUMAT PENGAJIAN
-
Tempoh pengajian: 1 semester sahaja (14 minggu/6 bulan)
-
Mod pengajian: Sepenuh Masa
-
Sesi Pengajian: Mac- Julai atau September-Disember
SYARAT KEMASUKAN AM
-
Melayu, Anak Negeri Sabah, Anak Negeri Sarawak, & orang Asli (Warganegara Malaysia)
SYARAT KEMASUKAN KHAS
-
Pra Diploma Perdagangan
-
Minimum TIGA (3) kepujian termasuk Bahasa Melayu
-
Lulus Sejarah
-
Lulus Bahasa Ingggeris
-
Lulus Matematik/Matematik Tambahan
2. Pra Diploma Sains
-
Minimum TIGA (3) kepujian termasuk Bahasa Melayu
-
Lulus Sejarah
-
Lulus Bahasa Ingggeris
-
Lulus SATU (1) daripada mana-mana pelajaran berikut: Fizik/ Kimia/ Biologi/ Sains Tambahan
-
Kepujian Matematik/Matematik Tambahan
SUBJEK YANG DIPELAJARI
*tertakluk pada perubahan semasa
-
Pra Diploma Perdagangan
-
Pengenalan Kepada Bahasa Inggeris
-
Pengenalan Kepada Perakaunan
-
Matematik Intensif
-
Pengenalan Kepada Perniagaan
-
Pengantar Pembangunan Insan
2. Pra Diploma Sains
-
Bahasa Inggeris Pra Diploma 1
-
Kimia Untuk Pra Sains
-
Fizik Untuk Pra Sains
-
Matematik Asas Untuk Pra Sains
-
Biologi Untuk Pra Sains (Elektif)
-
Matematik Perantaran Untuk Pra Sains (Elektif)
SYARAT KEMASUKAN PENERAPAN KE PROGRAM DIPLOMA
-
Bagi Lulusan Pra Diploma Perdagangan (BA002/BA003):
-
Mendapat CGPA ≥ 2.00 serta lulus semua subjek iaitu minimum gred C, pelajar Lulus Naik Taraf (LNT).
-
Mendapat CGPA ≥2.00 tetapi gagal satu subjek, pelajar dibenarkan mengulang kursus yang gagal sahaja.
-
Mendapat CGPA < 2.00, pelajar gagal dan diberhentikan.
2. Bagi Lulusan Pra Diploma Sains (PD007/PD008):
-
Mendapat CGPA > 2.00 serta lulus semua subjek iaitu minimum gred C, pelajar Lulus Naik Taraf (LNT).
-
Mendapat CGPA ≥ 2.00, tetapi gagal dalam satu atau dua subjek, pelajar dibenarkan untuk mengulang kursus yang gagal sahaja.
-
Mendapat CGPA < 2.00, pelajar gagal dan diberhentikan (D3).
GOLONGAN YANG LAYAK MEMOHON BANTUAN KEWANGAN PROGRAM PRA PENDIDIKAN TINGGI
Kumpulan B40
Bantuan akan diberi dari segi:
-
Percuma Yuran Pengajian.
-
Percuma Kolej Kediaman.
-
Elaun Sara Hidup Sepanjang Tempoh Pengajian Bermula Daripada RM860 Sehingga RM1700 (1 Semester).
-
Pelajar Lulus Program Ini Dijamin Ke Lebih 60 Program Diploma UiTM.
PROGRAM IJAZAH YANG BOLEH DICEBURI SELEPAS PROGRAM PRA-DIPLOMA
-
Semester seterusnya.
-
Pelajar tidak perlu menunggu lama untuk meneruskan pengajian ke peringkat diploma.
-
Sebaik sahaja tamat Pra Diploma, pelajar boleh meneruskan pengajian ke peringkat diploma untuk program tanpa temuduga.
CARA MEMOHON
Borang permohonan boleh didapati di Pejabat Program Pra Pendidikan Tinggi UiTM Shah Alam atau layari www.online.uitm.edu.my untuk maklumat lanjut dan muat turun boring permohonan yang juga boleh dihantar ke UiTM Cawangan yang terdekat.
Bagi yang berminat untuk memohon boleh:
1. Membaca maklumat lengkap mengenai permohonan di pautan: https://pppt.uitm.edu.my/program/cara-memohon
2. Mengisi borang dibawah dan menyediakan dokumen lengkap yang disahkan.
3. Menghantar 'by-hand' atau mengepos borang lengkap ke alamat:
Hal Ehwal Akademik (HEA),
UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah,
Jalan Oya,
96400 Mukah, Sarawak.
PENDAFTARAN PELAJAR BARU
Maklumat pendaftaran boleh didapati di laman https://pppt.uitm.edu.my/program/persediaan-pendaftaran
MAKLUMAT LANJUT
Puan Noriham Bt Bujang
Koordinator Program Pra Pendidikan Tinggi (PPT)
UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah
Phone (O): 084-876100
Phone (HP): 0 11-1202 5003
MUAT TURUN
Borang PPT
Senarai Program Diploma Yang Ditawarkan Kepada Pelajar Pra Diploma Perdagangan dan Pra Diploma Sains
Carta Aliran Pendaftaran bagi Pelajar Baru
