UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN SARAWAK KAMPUS MUKAH

AT117 DIPLOMA AKUAKULTUR
PENGENALAN
Fakulti Perladangan dan Agroteknologi telah ditubuhkan pada tahun 2010 di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Misi fakulti adalah untuk melahirkan professional yang terlatih di semua bidang industri berkaitan dengan perladangan dan pertanian di peringkat nasional dan antarabangsa.
Program Diploma Akuakultur dibentuk bagi menyediakan sumber manusia yang mencukupi dalam industri pengeluaran akuakultur dan teknologi. Pelajar boleh mempertingkat kemahiran lapangan melalui kerja praktikal di makmal, hatceri dan kolam ikan melalui subjek seperti Praktikal Pengurusan Kolam, Praktikal Pengurusan Hatceri dan Praktikal Diagnosis Penyakit Akuatik. Selain itu, pelajar juga perlu mengikuti latihan industri dalam bidang berkaitan dalam sektor kerajaan atau swasta untuk memperoleh pengalaman dan mengaplikasi pengetahuan yang ada dalam suasana pekerjaan yang sebenar.
TEMPOH PEMBELAJARAN
5 semester/ 2 tahun 6 bulan
SYARAT KEMASUKAN AM
-
Memiliki SPM atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan Malaysia dengan mendapat TIGA (3) KEPUJIAN termasuk Bahasa Melayu
-
LULUS Sejarah (Mula diguna pakai SPM 2013)
SYARAT KEMASUKAN KHAS
1. Bagi Lepasan SPM
-
Memenuhi SYARAT AM UNIVERSITI dengan mendapat KEPUJIAN dalam matapelajaran Matematik, Biologi serta Bahasa Inggeris
-
LULUS Fizik / Kimia
2. Bagi Lepasan Pra-Diploma
-
LULUS Naik Taraf (LNT) program Pra Diploma Sains (PD007/PD008) dari UiTM
ATAU
-
LULUS Naik Taraf (LNT) program Pra Diploma Perdagangan (BA002/BA003) dari UiTM dan LULUS salah satu (1) mata pelajaran berikut di peringkat SPM: Biologi/ Fizik / Kimia.
PROGRAM IJAZAH YANG BOLEH DICEBURI SELEPAS DIPLOMA
Pelajar yang telah bergraduasi dalam program ini boleh menyambung pelajaran dalam bidang-bidang berkaitan yang ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi di dalam mahupun di luar negara.
RANCANGAN PEMBELAJARAN
*tertakluk kepada perubahan semasa
Semester 1
-
Introduction to Economics of Agricultural Production
-
Pond Management Practical
-
Biology in Aquatic Organism
-
Elementary of Biochemistry
-
Fundamentals of Islam
-
Integrated Language Skills I
-
National Kesatria I
-
Man and Religion
-
Business Mathematics
-
Study Skills
-
Aquatic Ecology and Environment
-
Hatchery Management Practical
-
Aquaculture Technology
-
Aquaculture Hatchery System
Semester 2
-
Computer and Information Processing
-
Islamic Thought and Civilization
-
Integrated Language Skills II
-
National Kesatria II
-
Islamic Civilization
-
Accounting
-
Human Resource in Agriculture
-
Finfish Culture
Semester 3
-
Disease and Health Aquatic Organism
-
Larval Food Production
-
Crustacean and Molluscan Culture
-
Practical on Aquatic Disease Diagnosis
-
Cost and Management Accounting
-
Agricultural Products Marketing
-
Agricultural Research Method
Semester 4
-
Postharvesting and Processing
-
Ornamental Fish Culture
-
Algology
-
Fundamentals of Entrepreneurship
Semester 5
-
Industrial Training
BIDANG PEKERJAAN YANG BOLEH DICEBURI
Pelajar graduasi Diploma Akuakultur mempunyai peluang pekerjaan yang cerah dalam bidang pengeluaran makanan berasaskan akuakultur yang menjadi sebahagian dalam sektor pengeluaran makanan dunia. Pelajar yang telah bergraduasi dalam program ini juga sangat diperlukan dalam agensi kerajaan berkaitan industri perikanan untuk membantu kerja-kerja penyelidikan dan pengurusan operasi di Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan dan sektor swasta yang berasaskan perikanan. Selain itu, pelajar yang telah bergraduasi boleh menjadi usahawan dalam industri akuakultur yang semakin berkembang bagi memenuhi keperluan domestik serta pengeksportan produk makanan berasaskan akuakultur.
MAKLUMAT LANJUT BOLEH HUBUNGI:
En. Muhamad Syukrie Bin Hj. Abu Talip
Ketua
Pusat Pengajian Sains, Perladangan dan Agroteknologi
UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah
No. Tel. (O): 084-876041
H/P : 013-8229773