top of page

AT110 DIPLOMA PENGURUSAN LADANG

PENGENALAN

Fakulti Perladangan dan Agroteknologi telah ditubuhkan pada tahun 2010 di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Misi fakulti adalah untuk melahirkan professional yang terlatih di semua bidang industri berkaitan dengan perladangan dan pertanian di peringkat nasional dan antarabangsa. 

Program Diploma Pengurusan Ladang dibentuk bagi mempersiap pelajar dengan pengetahuan dan pemahaman dalam penubuhan dan pengurusan sesebuah ladang. Pelajar akan mempelajari teknik terkini dalam Pengurusan Ladang, Sains Pertanian, Operasi Mekanisasi Estet, Perakaunan, Sains Tumbuhan, Ekonomi Pertanian, Sains Tanah, Akta Pekerjaan dan Perhubungan Industri, Pengurusan Sumber Manusia, Kejuruteraan Pertanian, Pengembangan Pertanian dan Pemasaran Pertanian

TEMPOH PEMBELAJARAN

5 semester/ 2 tahun 6 bulan

SYARAT KEMASUKAN AM 

  • Memiliki SPM atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan Malaysia dengan mendapat TIGA (3) KEPUJIAN termasuk Bahasa Melayu

  • LULUS Sejarah (Mula diguna pakai SPM 2013)

SYARAT KEMASUKAN KHAS 

1. Bagi Lepasan SPM

  • Memenuhi SYARAT AM UNIVERSITI dengan mendapat KEPUJIAN dalam mata pelajaran Matematik/ Matematik Tambahan serta Bahasa Inggeris.

  • LULUS salah satu (1) mata pelajaran berikut: Fizik/ Kimia/ Biologi/ Sains Tambahan/ Sains Pertanian/ Pertanian/ Pengajian Agroteknologi/ Tanaman Makanan/ Akuakultur dan Haiwan Rekreasi/ Landskap dan Nurseri/ Pengeluaran Tanaman/ Hortikultur Hiasan dan Lanskap/ Kejenteraan Ladang/ Pengurusan Ladang

2. Bagi Lepasan Pra-Diploma

  • LULUS Naik Taraf (LNT) program Pra Diploma Sains (PD007/ PD008) dari UiTM,  

       

       ATAU 

  • LULUS Naik Taraf (LNT) program Pra Diploma Perdagangan (BA002/ BA003) dari UiTM dan LULUS salah satu (1) mata pelajaran berikut di peringkat SPM: Biologi/ Fizik/ Kimia/ Sains Tambahan/Sains Pertanian/ Pertanian

PROGRAM IJAZAH YANG BOLEH DICEBURI SELEPAS DIPLOMA

Pelajar yang sudah bergraduasi dalam program ini boleh menyambung pelajaran dalam bidang-bidang berkaitan yang ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi di dalam mahupun di luar negara. Individu yang mahu menyambung pelajaran dalam bidang Pengurusan Ladang, boleh memohon program seperti:

 

  1. Sarjana Muda Sains (Kepujian) Teknologi dan Pengurusan Perladangan UiTM 

  2. Sarjana Muda Sains (Kepujian) Perniagaantani UiTM

  3. Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Kepujian) Agronomi UiTM

  4. Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Kepujian) Teknologi Hortikultur UiTM

RANCANGAN PEMBELAJARAN 

*tertakluk kepada perubahan semasa

Semester 1

Plant Science

Principles of Agriculture

Fundamentals of Islam

Integrated Language Skills I

Fieldwork I

National Kesatria I

Business Mathematics

Study Skills

Semester 2

Co-curriculum II

Semester 3

Introduction to Economics of Agricultural Production

Plantation Crops I

Basic Chemistry

Computer and Information Processing

Islamic Thought and Civilization

Integrated Language Skills II

Fieldwork II

Semester 4

General Field Maintenance

Pest Management

Legal, Ethical and Social Issues in Plantation

Plantation Crops II

Human Resource Management

Introduction to Statistics

Semester 5

Principles of Agricultural Marketing

Mechanization of Estate Operation

Estate Budgeting and Accounting

Fundamentals of Entrepreneurship

Industrial Training II

Interpersonal Communication

 

BIDANG PEKERJAAN YANG BOLEH DICEBURI

 

Pelajar yang telah bergraduasi dalam Diploma Pengurusan Ladang memiliki peluang pekerjaan yang cerah dalam perladangan dan agroteknologi di peringkat semi-profesional dan profesional dalam industri perladangan dan pertanian di sektor kerajaan mahupun swasta.

MAKLUMAT LANJUT BOLEH HUBUNGI:

En. Muhamad Syukrie bin Hj. Abu Talip

Ketua

Pusat Pengajian Sains, Perladangan dan Agroteknologi

UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah

No. Tel. (O): 084-876041

H/P : 013-8229773

bottom of page