top of page

AT112 DIPLOMA PENGELUARAN HERBA

PENGENALAN

Fakulti Perladangan dan Agroteknologi telah ditubuhkan pada tahun 2010 di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Misi fakulti adalah untuk melahirkan professional yang terlatih di semua bidang industri berkaitan dengan perladangan dan pertanian di peringkat nasional dan antarabangsa. Program Diploma Pengeluaran Herba dibentuk bagi menyediakan sumber manusia yang mencukupi dalam industri pengeluaran herba.

TEMPOH PEMBELAJARAN

5 semester/ 2 tahun 6 bulan

SYARAT KEMASUKAN AM 

  • Memiliki SPM atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan Malaysia dengan mendapat TIGA (3) KEPUJIAN termasuk Bahasa Melayu

  • LULUS Sejarah (Mula diguna pakai SPM 2013)

 

SYARAT KEMASUKAN KHAS

1. Bagi Lepasan SPM

  • Memenuhi SYARAT AM UNIVERSITI dengan mendapat KEPUJIAN dalam mata pelajaran Matematik, Biologi serta Bahasa Inggeris

  • LULUS Kimia

2. Bagi Lepasan Pra-Diploma

  • LULUS Naik Taraf (LNT) program Pra Diploma Sains (PD007/PD008) dari UiTM

 

       ATAU

  • LULUS Naik Taraf (LNT) program Pra Diploma Perdagangan (BA002/BA003) dari UiTM dan LULUS salah satu (1) mata pelajaran berikut di peringkat SPM: BiologiFizik / Kimia

PROGRAM IJAZAH YANG BOLEH DICEBURI SELEPAS DIPLOMA

Pelajar yang telah bergraduasi dalam program ini boleh menyambung pelajaran dalam bidang-bidang sains dan teknologi berkaitan yang ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi di dalam mahupun di luar negara. Individu yang mahu menyambung pelajaran, boleh memohon program seperti:

 

  1. Sarjana Muda Sains (Kepujian) Teknologi dan Pengurusan Perladangan UiTM 

  2. Sarjana Muda Sains (Kepujian) Perniagaantani UiTM

  3. Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Kepujian) Agronomi UiTM

  4. Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Kepujian) Teknologi Hortikultur UiTM

RANCANGAN PEMBELAJARAN 

*tertakluk kepada perubahan semasa

Semester 1

  • Propagation Techniques

  • Introduction to Economics of Agricultural

  • Introduction to Plant Biochemistry

  • Botany and Taxonomy of Plants

  • Fundamentals of Islam

  • Integrated Language Skills I

  • National Kesatria I

  • Man and Religion

  • Business Mathematics

Semester 2

  • Ethno Herbal Plants

  • Micropropagation Methods

  • Plant Pathology

  • Basic Analytical Chemistry

  • Computer and Information Processing

  • Islamic Thought and Civilization

  • Integrated Language Skills II

  • National Kesatria II

  • Islam and Civilization

  • Accounting

Semester 3

  • Perennial Herbal Plant Production

  • Annual Herbal Plant Production

  • Phytochemistry of Herbal Plants

  • Basic Soil Science

  • Entomology

  • Cost and Management Accounting

Semester 4

  • Safety and Quality of Herbal Products

  • Processing and Packaging of Herbal Products

  • Agricultural Products Marketing

  • Agricultural Research Methods

  • Farm Management

  • Fundamentals of Entrepreneurship

Semester 5

  • Industrial Training

BIDANG PEKERJAAN YANG BOLEH DICEBURI

Terdapat peluang pekerjaan yang cerah dalam bidang pengeluaran herba disebabkan kesedaran mengenai industri herba semakin tinggi sama ada di Malaysia mahupun di luar negara. Pelajar yang telah bergraduasi dalam program ini sangat diperlukan dalam agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI), Pusat Kepelbagaian Biologi dan juga sektor swasta, untuk membantu kerja-kerja penyelidikan, pengurusan operasi dan pembangunan kualiti dalam bidang pengeluaran herba. Selain itu, pelajar bergraduasi dalam Diploma Pengeluaran Herba boleh menjadi usahawan herba bagi memenuhi keperluan domestik serta pengeksportan produk makanan berasaskan herba dan kosmetik.

MAKLUMAT LANJUT BOLEH HUBUNGI:

 

En. Muhamad Syukrie Bin Hj. Abu Talip

Ketua

Pusat Pengajian Sains, Perladangan dan Agroteknologi

UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah

No. Tel. (O): 084-876041

H/P : 013-8229773

bottom of page